Saturday, March 20, 2010

Salam 1 Malaysia


Untuk semua pengunjung blog ini saya ucapkan selamat "beloyar lok." (dialek Saribas,Sarawak). Orang Btg Saribas terutama dari Kpg Beladin.... kamek ucapkan rindok ati kamek bilo kitak singgah beloyar di laman kamek sitok. Mun di rumah kampong nun kito beloyar ge palak tanggak. Opss.. terlanjur saya bercakap dialek Beladin tuk. Kita tinggal sebumbung di bawah negara Malaysia memang menyeronokkan. Pastinya kita hidup aman makmur seia sekata sehala.....harus dipupuk sampai bila-bila. Walaupun Malaysia mempunyai rakyat berbilang bangsa,agama, adat-resam, kebudayaan dan bahasa ibunda tetapi kita tetap hidup Satu Malaysia. Syabas untuk semua rakyat Malaysia.
Maaflah kita ni orang kampung, bahasa pun tidaklah sehebat mana cuma hendak berkongsi rasa, jiwa dan pengalaman kita hidup di Beladin. Untuk orang Beladin sabar-sabarlah, maklumlah....kita sekarang ni...bermasalah kemudahan bekalan air bersih. Nasiblah musim tengkujuh adalah kurang sikit rasa sakit hati kerana ada air hujan. Kalau dah masuk panas memanjang.....aduh sedih pilunya hati ini sebab mula mandi air telaga. Haa..... itulah tinggal di kampung....biasalah. Kalau jadi orang bandar tak adalah masalah ini.